Entri kali ini adalah berkaitan dengan
sejarah kucing di serata dunia. Manusia pun ada sejarahnya, jadi kucing
pun sudah tentu ada sejarahnya. Ini adalah diantaranya, banyak lagi
sejarah kucing sebenarnya, cuma setakat ini sajalah yang admin dapat
sediakan untuk anda buat masa ini. Sesuai untuk anda yang ingin tahu
tentang sejarah kucing.
Kucing Hitam
Pada
pertengahan abad (middle ages), kucing tidak begitu popular kerana
mereka sering dikaitkan dengan sihir dan ilmu hitam. Tetapi ada juga
yang beranggapan ia membawa tuah. Para isteri kepada nelayan percaya
membela kucing hitam dapat memberi tuah kepada mereka kerana dipercayai
ia pelindung kepada suami supaya selamat pulang dari laut ketika selesai
menangkap ikan.
Pada abad ke-9, Raja Henry I,
memutuskan untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang membunuh kucing.
Denda yang dimaksudkan ialah 60 gantang jagung, yakni jumlah jagung yang
perlu diberikan kepada pihak istana.
Sampai sekarang, masih ada lagi orang yang percaya kucing hitam ini melambangkan syaitan dan membawa nasib buruk.
Kucing Mesir [Egyptian Cats]
Ketika ada kucing belaan yang mati, seluruh ahli keluarga akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung.
Pokok Pussy Willow
Pokok Pussy Willow
Ada
satu lagenda, mengisahkan banyak anak kucing telah dibuang ke dalam
sungai bertujuan untuk melemaskan mereka. Ibu kepada anak kucing itu
menangis, lalu pokok-pokok willow yang berada di tebing sungai itu
menghulurkan dahan mereka dan berusaha untuk menyelamatkan anak-anak
kucing itu.
Nabi Muhammad S.A.W.
Sejak pada hari itu, setiap
musim bunga, pokok-pokok willow itu akan menjadi lembut dan halus
seperti ekor anak kucing. Itulah sebabnya pokok itu diberi nama Pussy Willow.
Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah S.A.W. sangat sayangkan
kucing sehingga baginda pernah memotong lengan baju jubahnya untuk
mengelakkan kucing yang tidur dalam pelukannya itu daripada terjaga.
No comments:
Post a Comment